
Siapa ingat lagi minuman coklat malt legend iaitu Vico? Haa, sebut saja Vico, confirm ramai berebut nak minum sebab rasa koko yang sedap.
Baru-baru ni, Vico ada buat contest terbesar yang pernah dibuat khas untuk penyokong mereka sebagai tanda penghargaan.
Kalau anda nak tahu, sebanyak 20 orang pemenang dari serata Malaysia telah dipilih untuk menyertai contest ‘Grab All You Can’ yang menjanjikan hadiah lumayan! Seriuslah?!
Ramai Berebut Nak Hadiah Paling Mahal!
Untuk pengetahuan, contest ‘Grab All You Can’ ni diadakan di dua pasaraya terpilih di Kuala Lumpur dan Kuching, Sarawak tau.
Menariknya, kesemua 20 pemenang diberi masa 5 minit untuk mengambil apa-apa jenis barangan sehingga mencecah jumlah RM150,000. Fuhh, bestnya!!
Macam-macam gelagat yang ada bila nak rebut barang dalam pasaraya. Maklumlah, masa pun singkat kan.
Walaupun masa diberi sangat sekejap, ada pemenang yang berjaya untuk ambil barangan sehingga berjumlah RM18,000 tau! Wow, banyaknya!!
Menang Lebih Banyak Dengan Vico
Haa, contest Vico tahun ni nampak seronok kan? Kalau korang berminat untuk menang lebih banyak hadiah, jangan lupa stay tune dengan Vico.
The post Vico Pilih 20 Orang Pemenang Bertuah Dari Serata Malaysia Rebut Hadiah Sehingga RM150K. Seriuslah! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

