Victor Chin berada di luar negara: KPN

LocalPolitics
19 Mar 2026 • 1:28 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Victor Chin Boon Long yang didakwa terbabit dengan ‘mafia korporat’ kini berada di luar negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail ketika mengesahkannya berkata siasatan dijalankan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Victor Chin tidak berada dalam negara ketika ini. Usaha sedang dijalankan untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak-pihak berkaitan," katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Pada 16 Mac lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menjalankan pemeriksaan terhadap beberapa premis milik seorang ahli perniagaan susulan dakwaan manipulasi korporat yang dikaitkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pemeriksaan itu dijalan PDRM bersama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ke atas premis milik tokoh korporat itu di Sungai Long dan Kemensah, Selangor.

Antara barangan yang dirampas termasuk dua kereta, jam tangan mewah, barang kemas, wang tunai dalam ringgit dan beberapa mata wang asing, selain dokumen yang dipercayai berkaitan siasatan.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dilaporkan berkata Kabinet mengarahkan beberapa agensi penguat kuasa termasuk PDRM, SC, SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meneruskan siasatan terperinci berhubung isu manipulasi korporat. - 19 Mac, 2026

The post Victor Chin berada di luar negara: KPN appeared first on Scoop.