[VIDEO] 362 warga asing termasuk etnik Rohingya tak sempat beli-belah

24 Jul 2026 • 1:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: [VIDEO] 362 warga asing termasuk etnik Rohingya tak sempat beli-belah
Image from: [VIDEO] 362 warga asing termasuk etnik Rohingya tak sempat beli-belah
Garry Belayong (berdiri) menyoal siasat etnik Rohingya yang berjaya ditahan semasa Ops Mega di sekitar Bandar Kota Bharu pada Jumaat. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Image from: [VIDEO] 362 warga asing termasuk etnik Rohingya tak sempat beli-belah
Kesemua mereka yang ditahan berusia antara dua hingga 60 tahun dan terdiri daripada lima wanita serta selebihnya adalah lelaki. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KOTA BHARU - Hasrat 362 individu warga asing untuk membeli-belah serta bersantai pada hujung minggu pada Jumaat tidak kesampaian apabila Bandar Kota Bharu 'digempur' oleh Jabatan Imigresen Malaysian (JIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Operasi Penguatkuasaan (Ops Mega) yang bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu dilakukan di 11 'hotspot' di sekitar bandar ini melibatkan tangkapan warganegara Nepal, Bangladesh, Pakistan, Indonesia, Thailand, Kemboja, Myanmar dan etnik Rohingya.

Pengarah JIM Kelantan, Garry Belayong Anak John Siki berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia antara dua hingga 60 tahun dan terdiri daripada lima wanita serta selebihnya adalah lelaki.

**media[3593022]**

"Hasil pemeriksaan kita pada hari ini mendapati terdapat 20 warga asing yang dikesan melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan peraturan-peraturan Imigresen 1963.

"Antara kesalahan yang dikesan ialah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen dikemukakan semasa pemeriksaan dilakukan serta disyaki melakukan kesalahan tinggal lebih masa iaitu di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, juga termasuk tiga kes dibawah KPDN iaitu melibatkan kawalan harga Anti Pencatutan serta Akta Kawalan Bekalan

Ujarnya, hasil pemeriksaan juga mendapati kebanyakan etnik rohingya mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) manakala warga asing lain pula memiliki pas pekerjaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved