(VIDEO) “64 Tahun Dah, Bahaya” – Lompat Dari ‘Stage’ Tapi Jatuh, Netizen Nasihat Amy Search

Music
17 Nov 2022 • 11:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial TikTok, video memaparkan penyanyi rock legenda iaitu Datuk Amy Search sedang membuat persembahan di ‘Konsert Anak Muda GEGOR Bera’ yang diadakan baru-baru ini.

Difahamkan, konsert tersebut telah berlangsung di Dewan Konvensyen Bera, Pahang sempena Karnival Keluarga Malaysia.

Menerusi video tersebut, Amy dilihat menyanyikan lagu Pawana dengan penuh semangat sambil memanjat ke atas pembesar suara.

Bagaimanapun ketika mahu turun, penyanyi berusia 64 tahun itu dilihat melompat dari pembesar suara namun gagal mengimbangkan badan lalu terjatuh.

Susulan itu, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa bimbang terhadap tindakan Amy itu memandangkan dia kini sudah semakin berusia.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat telah meninggalkan pesanan dan nasihat buat Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman.

image is not available

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang meminta bapa kepada pelakon Nabila Huda itu agar tidak terlalu aktif ketika membuat persembahan.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 24 jam lalu

"Bergayalah Untuk Ira Kazar" - Kongsi Selfie, Syamsul Yusof Teruk Dikecam Warganet