[VIDEO] Ada asap, nampak bomba dekat ‘airport’ Subang

15 Aug 2026 • 1:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Ada asap, nampak bomba dekat ‘airport’ Subang

SUBANG JAYA – Orang ramai di sekitar Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, dikejutkan dengan kepulan asap dan kelibat jentera bomba berhampiran kawasan berkenaan, hari ini.

Situasi berkenaan menarik perhatian pengguna media sosial yang mempersoalkan punca kejadian selepas melihat asap sebelum mendapati pasukan bomba berada di lokasi.

Seorang pengguna Threads, @Drianakhalid menerusi perkongsian berkata, pada awalnya dia menyangka kepulan asap itu perkara biasa sebelum melihat anggota bomba menjalankan operasi pemadaman.

“Ada apa ni tiba-tiba ada asap…ingat biasa. Bila nampak bomba sembur air kemudian nampak api besar,” katanya.

Sementara itu, pengguna @Faizmustaffa turut mempersoalkan sama ada kejadian berkenaan menjejaskan operasi penerbangan di LTSAAS.

“Apa kes lapangan terbang di Subang tutup? Landing failed (pendaratan gagal)?,” soalnya.

Setakat ini, punca kejadian dan status operasi penerbangan di lapangan terbang berkenaan masih belum dapat disahkan.

Kosmo! akan mendapatkan perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.- KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Ada asap, nampak bomba dekat ‘airport’ Subang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved