(VIDEO) Ada Niat Lain Tahan Motor, Pegawai Polis Ajak Gadis ‘Check-In’ Hotel – “Rumah Awak? Orang Nak Sekarang..”

LocalPolitics
15 Jun 2025 • 11:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui platform X, tular satu video memaparkan seorang gadis ditahan oleh pihak polis pada waktu malam tetapi kejadian yang dihadapi olehnya memang tidak disangka-sangkakan.

Ada udang disebalik batu, polis sengaja tahan gadis naik motor malam hari sebab ini..

Dapat dilihat dalam video itu, gadis berkenaan membawa motor, lalu ditahan oleh seorang pegawai polis, namun perbualan mula bertukar menjadi satu trauma apabila pegawai terbabit mengajaknya untuk check-in hotel.

Bukan saja itu, malah pegawai terbabit turut bertanya di manakah gadis tersebut tinggal dan mahu melakukan perkara ‘jijik’ itu pada malam tersebut juga.

Lepak rumah saya ah? Nak check-in hotel ke?

Takut dengan kejadian yang dihadapi, gadis tersebut membuat alasan dirinya bekerja esok biarpun hari Ahad.

Cuba buat laporan polis tetapi tidak dilayan

Difahamkan, gadis itu merakam secara senyap kejadian terbabit dan menjadikan bukti untuk membuat laporan polis, tetapi alangkah sedihnya apabila pihak polis yang lain menganggap hal itu perkara biasa.

Aku tak jadi buat report.. polis sentiasa cover polis. Sakit pula hati.. pastu nak cakap ‘selalu pergi club kan? normal lah laki ajak checkin.

Dalam pada masa yang sama, gadis itu turut terkilan apabila pihak polis menuduhnya merakam kejadian itu hanya kerana mahu mendapatkan view serta like di platform media sosial.

image is not available

image is not available 1 month ago

Sekumpulan Wanita Raih Pujian Ramai Lepas ‘Serang’ Lelaki ‘Gatal’ - “Suka Perempuan Berani Macam Ni..”