[VIDEO] Ahmad Zahid nafi letak jawatan

Politics
23 Nov 2022 • 1:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid.

SHAH ALAM - Satu kenyataan yang tular menyatakan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan meletak jawatan adalah palsu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh beliau sendiri menerusi satu hantaran di Facebook.

Ujarnya, orang ramai diminta untuk tidak mengeruhkan keadaan dengan kenyataan palsu berkenaan.

"Surat yang disebarkan seperti berikut adalah palsu dan rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab," katanya pada Rabu.

Sebelum ini, kenyataan yang tular itu turut memberitahu bahawa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memangku jawatan Ahmad Zahid sebagai pengerusi gabungan BN berkenaan.

Ia juga memaklumkan bahawa gabungan tersebut telah mencapai satu kesepakatan untuk menentukan sama ada akan menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid memohon agar rakyat semua mendoakan yang terbaik pada ketika ini.

"Mohon doakan yang terbaik dalam keadaan sekarang ini," jelas beliau.



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved