Video AI Hari Pertama Dalam Neraka: Boleh Murtad Jika Orang Islam ‘Menganjing’ Hukum Allah – UAI [Video]

PoliticsTechnology
3 Jun 2025 • 11:07 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kian hari kian canggih teknologi yang dihasilkan untuk memudahkan kehidupan seharian manusia dan salah satu di antaranya adalah kecerdasan buatan (Artificial Intelligence).

Tidak dinafikan, Artificial Intellingence atau singkatannya AI ini mempunyai pelbagai kebaikan, namun ia juga boleh membawa keburukan jika penggunaannya tidak dikawal, apatah lagi digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu kandungan yang memaparkan video ciptaan AI seorang lelaki berada di neraka pada hari pertama yang kelihatan sangat santai seolah-olah cuba mempersendakan azab Allah SWT itu.

Video tersebut dipercayai dihasilkan oleh individu warganegara Indonesia berdasarkan bahasa yang digunakan.

@veo3sesat hari pertama masuk neraka cek 😅 veo 3 sesat woi #veo3 #veo3sesat ♬ suara asli – Veo 3 Sesat

Ustaz Azhar Idrus beri respon isu video AI hari pertama di neraka

Susulan itu, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI tampil memberi respon berhubung isu terbabit.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @happicuu, UAI berkata sekiranya kandungan itu dilakukan oleh orang Islam, maka hukumnya adalah murtad.

Menurutnya, individu tersebut juga haram ditanam di tanah perkuburan Islam jika meninggal dunia sebelum bertaubat.

“Jika mayatnya sudah ditanam di kubur orang Islam, wajib digali semula, nampak hinanya orang yang ‘menganjing’ dengan hukum Allah,” katanya.

Jelas UAI, tidak salah untuk seseorang itu bergurau senda namun biarlah berpada-pada dan tidak melibatkan agama.

UAI dipercayai menerangkan tentang perkara itu pada semalam (2 Jun) di Masjid Al-Furqan, Chendering, Kuala Terengganu.

Hukum hina Islam walaupun dengan niat hanya bergurau

Siapa sahaja dari kalangan orang Islam yang menghina Allah atau menghina agama Islam atau menghina Nabi SAW maka jadilah dia kafir keluar dari agama Islam dengan ijmak ulamak.

أجمع المسلمون على أن من سب الله أو سب رسول الله صلى الله عليه وسلم أو دفع شيئاً مما أنزل الله عز وجل  أو قتل نبياً من أنبياء الله عز وجل أنه كافر بذلك وان كان مقراً بكل ما أنزل الله

“Telah ijmak oleh sekalian orang Islam atas barang siapa yang menghina akan Allah atau menghina Rasulullah SAW atau menolak suatu yang telah diturunkan oleh Allah atau membunuh seorang Nabi dari Para Nabi Allah maka sungguhnya ia adalah jadi kafir dengan yang demikian itu sekalipun ia menerima sekalian yang diturunkan oleh Allah.”

Imam Ishak Ibnu Rahawaih

Begitu juga jika seorang itu menghina Islam dengan tujuan berjenaka atau bergurau maka jadilah dia kafir keluar dari agama Islam kerana perbuatan kufur itu jadi kufur sama ada sungguh-sungguh atau hanya gurauan.

من تكلم بكلمة الكفر هازلا ولم يقصد الكفر كفر

“Barang siapa yang berkata-kata dengan perkataan yang mengkufurkan secara gurauan sahaja tidak dia berniat untuk kufur maka jadilah dia kafir.”

Imam Az-Zarkasyi (Kitab Al-Manthur Fil Qawaid)

Isu mempersenda atau menghina agama ini bukannya boleh dipandang ringan, sebaiknya mereka yang melalui situasi begini perlu melafazkan syahadah semula, beristighfar kepada Allah SWT supaya dosa yang dilakukan diampunkan.

PU Syed selar tindakan jadikan neraka sebagai gurauan

Selain UAI, pendakwah bebas PU Syed juga tampil menyelar perbuatan individu yang menghasilkan video AI suasana di dalam neraka itu.

PU Syed meminta agar pihak berkuasa di Indonesia untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

Kongsinya, Nabi Muhammad SAW sendiri meminta umatnya agar sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar dijauhkan daripada neraka kerana azabnya amatlah menyeksakan, namun ada pula pihak yang sesuka hati menjadikan tempat penyiksaan di hari akhirat itu sebagai gurauan.

View Original Article