(VIDEO) Aksi Thalita Joget Manja Di TikTok Raih Perhatian, Netizen Beri Teguran – “Takmau Pakai Baju Ketat Ye”

EntertainmentFamily & Parenting
10 Sep 2025 • 11:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak menafikan bakat yang dimilikinya, namun ramai berasa kurang senang melihat penampilan dan kelakuan anak perempuan Shuib, Thalita.

Kini sibuk dengan program realiti Talk To My Manager, sekali sekala Thalita ada memuat naik hantaran berkaitan konsert atau persediannya untuk minggu tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Bagaimanapun, video dikongsikan kanak-kanak berusia 12 tahun itu di TikTok baru-baru ini mencuri perhatian dan mendapat teguran daripada warganet.

Menerusi video tersebut, Thalita dilihat berjoget manja dan sambil mulutnya mengikut lirik lagu Indonesia berjudul Garam & Madu yang tular di media sosial.

Walaupun gerak tariannya tidak keterlaluan, namun aksi Thalita menimbulkan rasa kurang senang ramai terutamanya peminatnya dan juga peminat arwah ibunya, Siti Sarah Raisudin.

Rata-ratanya menegur Thalita dan menasihati untuk tidak memakai baju ketat, menjaga kehormatan diri selain menjaga nama baik arwah ibunya.

Ramai dilihat mendoakan dan berharap Thalita ‘istiqamah’ dipercayai berkaitan dengan tentang dirinya yang memakai tudung sebelum ini.

image is not available

image is not available

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not availableimage is not available

Meskipun ramai yang memberi nasihat, tidak kurang juga netizen yang menyatakan sokongan mereka terhadap Thalita dalam pertandingan tersebut dan memuji bakat nyanyian dimilikinya.

Good luck Thalita. Buat sehabis baik, sentiasa sokong kamu dalam TTMM.

image is not available image is not available image is not available

image is not available 2025-09-08 10:19:06

Persembahan Dangdut Thalita Cetus Kritikan, Netizen Beri Teguran - "Sepatutnya Shuib Didik Macam Arwah Mak Dia..."