Video Aktor Popular Mabuk Dan Bercium Dengan Kekasih Orang Tular Di Media Sosial

Entertainment
21 Sep 2022 • 9:59 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkapan layar dari video yang tular di media sosial yang mendakwa seorang aktor telah mencium seorang wanita di sebuah kelab malam. - Gambar dari media sosial

Tular di media sosial video mirip seorang aktor popular yang dikatakan sedang berhibur di kelab malam dan bercium dengan kekasih orang.

Video itu telah dimuatnaik oleh seorang lelaki, yang mendakwa sebagai teman lelaki kepada wanita di dalam video berkenaan.

image is not available
Video yang tular di media sosial.

Menurut lelaki itu, teman wanitanya telah 'terkantoi' berlaku curang di belakangnya dengan aktor berkenaan. Namun, wanita itu memberi alasan sengaja mendekati aktor tersebut untuk mendapatkan meja 'VIP'.

Tulisnya lagi dalam ciapan yang lain, aktor berkenaan telah menghubunginya meminta supaya dia memadam video berkenaan bagi menjaga imejnya. 

image is not available
Pendedahan seorang lelaki yang mendakwa teman wanitanya bercium dengan seorang aktor.

Aktor itu turut mendakwa wanita berkenaan sekadar 'seorang wanita mabuk' yang datang menghampirinya ketika itu dan mereka tiada apa-apa hubungan. 

Dalam pada itu, netizen semakin rancak meneka siapakah aktor berkenaan dan meminta supaya pengguna Twitter terbabit meninggalkan kekasihnya yang curang itu. - Getaran, 21 September 2022.