(VIDEO) “Aku Tak Boleh Tengok Bini Dia Senang” – Dengki Dapat Layanan Baik Suami, Wanita Disihir Adik Beradik Sendiri

Entertainment
9 Sep 2022 • 12:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, viral di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Paksu memaparkan seorang wanita yang dikhianati oleh adik beradik kandungnya sendiri telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, wanita yang dirasuki ‘benda’ itu telah mengatakan dalang perbuatan itu sanggup membayar sekitar RM800 kepada bomoh Siam untuk menghantar sihir kepadanya.

Malah, kedengaran nada-nada iri hati setelah dia melihat si suami begitu menyayangi saudara kandungnya.

Depa rumah banyak… aku tak boleh tengok bini dia senang. Dia sayang sangat dekat bini dia.

Apa yang lebih mengejutkan, dalangnya bukan hanya seorang tetapi beberapa orang telah berkongsi duit untuk membayar khidmat bomoh berkenaan dan mengakui mereka tidak suka melihat ahli keluarga lain mempunyai kehidupan yang lebih senang.

Sehingga kini, perkongsian video itu telah meraih 830.4K tontonan, 41.5K tanda suka, dan 2.2 komen di aplikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, hantaran video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya berasa hiba apabila saudara kandung sanggup melakukan kejahatan kepada adik beradik sendiri.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Ikut Saja, Acik Lebih Tahu" - Idam Pelamin Putih Tapi Yang Dapat Seperti Majlis Marhaban, Wanita Luah Rasa Kesal