(VIDEO) Aliff Syukri Bagi Tazkirah Kepada Anak-Anak Buat Ramai Tersentuh – “Jangan Terlalu Bermegah, Perasan Anak Orang Kaya”

LocalFamily & Parenting
4 Sep 2025 • 2:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setiap ibu bapa mempunyai cara mereka tersendiri untuk mendidik anak-anak dan begitu juga usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Shahida.

Sebelum ini, Aliff Syukri pernah mendedahkan dia tegas bab agama dengan anak-anaknya dan akan memastikan keluarganya solat jemaah bersama di rumah pada setiap hari.

Rakaman memaparkan pasangan usahawan itu menitipkan pesanan dan memberi tazkirah kepada lima anak mereka telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video di TikTok, Aliff Syukri dan Shahida berpesan agar anak-anaknya bijak menyimpan wang dan tidak mudah dengan leka dengan kemewahan hidup.

image is not available

image is not available

Jangan terlalu bermegah atau perasan yang kita ini anak orang kaya. Bila kita rasa begitu, kita ego dan boros.

Aliff juga berkata andainya ditakdirkan pada masa akan datang dirinya hidup susah, sudah tentulah anak-anak akan menjadi tempat untuk bergantung.

Jadi, berjimat-cermat. Bila abah bagi duit, simpan. Cuba tengok kehidupan orang lain yang susah, bukan nak menghina ke apa tetapi kita kena bersyukur.

Difahamkan, video tersebut dipotong dan diambil daripada siaran langsung TikTok usahawan tersebut selepas mereka selesai solat berjemaah di rumah.

Dalam pada itu, Aliff dan Shahida juga turut mengingatkan anak-anaknya untuk tidak melakukan perkara yang tidak senonoh di belakangnya serta dan sentiasa ingat kepayahannya mencari rezeki.

Yang kedua, jangan buat benda tak elok di belakang abah dan mama. Abang tak boleh kawal korang. Kalau nak buat benda tak elok, ingat dan kenang abah dan mama yang penat cari duit siang dan malam.

Ramai memuji pasangan tersebut dan berkata mahu menjadikan cara parenting Aliff dan Shahida sebagai contoh untuk membesarkan anak mereka.

image is not available 2025-06-18 11:50:22

"Saya Setiap Hari Akan Solat Jemaah Dengan Anak-Anak" - Tak Belanja Mewah & Tegas Bab Agama, Netizen Puji Cara 'Parenting' Aliff Syukri