[VIDEO] Aminuddin rehat seketika sebelum bantu gerak kerja PRN Melaka

LocalPolitics
2 Aug 2026 • 12:14 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Aminuddin rehat seketika sebelum bantu gerak kerja PRN Melaka

SEREMBAN — Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun akan berehat seketika bagi menyusun langkah seterusnya sebelum kembali menggerakkan usaha membantu parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, tempoh itu akan dimanfaatkan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga di samping menilai peranan yang boleh dimainkan bagi memperkukuhkan parti.

“Saya akan berehat sekejap. Mungkin ini peluang untuk saya bersama anak dan cucu lebih sedikit. Selepas itu saya akan fikir apa yang perlu saya lakukan untuk parti pada masa akan datang,” katanya dalam sidang media di command centre PH di Seremban malam ini.

Beliau yang juga Pengerusi PH Negeri berkata sebaik tamat tempoh rehat itu, beliau akan kembali bekerja keras bagi membantu persiapan parti menjelang PRN Melaka.

“Insya-Allah selepas ini kita akan bekerja keras. Saya mahu membantu PRN Melaka bersama kepimpinan parti,” katanya.

Aminuddin merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut berkata beliau menerima keputusan pilihan raya dengan hati terbuka dan reda serta percaya setiap ketentuan Allah SWT mempunyai hikmah. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Aminuddin rehat seketika sebelum bantu gerak kerja PRN Melaka appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved