Video Anak Azhar Sulaiman, Leona Berbikini Putih Ketika Mandi Manda Di Sungai Tular Di Media Sosial

Entertainment
30 May 2023 • 12:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Leona telah menjadi tular di Tik Tok gara-gara video memakai bikini putih ketika mandi manda di sungai bersama rakan-rakannya di luar negara. - Gambar Instagram

Nampaknya kontroversi dan pempengaruh media sosial yang juga anak perempuan kepada pelakon terkenal, Azhar Sulaiman ini ibarat berpisah tiada.

Terbaharu, Kasih Aris Leona atau lebih dikenali sebagai Leona telah menjadi tular di Tik Tok gara-gara video memakai bikini putih ketika mandi manda di sungai bersama rakan-rakannya di luar negara.

Video berkenaan telah mendapat hampir 60,000 tanda suka dan lebih dari 2000 komen daripada netizen.

Terkini Video yang tular di artismalays1 (@mayacakehouse) | TikTok itu bagaimanapun tidak boleh ditonton.

Ada yang mengecam tindakan Leona berbikini namun ada juga yang memuji kecantikan saat bersuka ria bersama teman-teman menikmati keindahan alam. 

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen-komen nakal dan berbaur lucah di video berkenaan. 

Difahamkan video berkenaan telah dimuat naik oleh Leona di akaun media sosial privasinya. Namun dia sendiri tidak sangka video itu akan tersebar juga. 

image is not available

Leona juga sempat memuat naik gambar kolaj dia bersuka ria di akaun Instagram menerusi hantaran di Insta Story. 

image is not available

Leona kini sedang menyambung pengajiannya di sebuah universiti di United Kingdom sejak September 2022. – Getaran, 30 Mei 2023.