(VIDEO) Anak Dah 13 Tapi Badan Cantik Macam Anak Dara, Netizen Kagum Wanita Dapat Capai ‘Body Goals’

Family & Parenting
22 Jun 2022 • 1:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Mencapai tubuh yang ideal dan menarik merupakan matlamat ramai wanita selepas bersalin kerana selalunya selepas mempunyai anak dan berumah tangga, menjaga bentuk badan agak sukar kerana lebih banyak perkara yang perlu difokuskan.

Namun, wanita yang sangat mementingkan kecantikan semestinya akan cuba mencapai body goals yang dikehendaki.

Begitulah yang ditunjukkan oleh wanita yang dikenali sebagai Normalina di TikTok apabila dia berjaya menjaga bentuk badannya walaupun telah mempunyai anak yang ramai.

Siapa sangka, Normalina sebenarnya mempunyai 13 orang anak di mana 5 daripadanya telah meninggal dunia manakala yang sulung berumur 21 tahun dan bongsu berusia 2 tahun.

Selain itu, dia juga berkongsi bahawa mempunyai suami yang rajin dan penyayang adalah salah satu faktor di mana dia masih boleh menjaga kecantikan walaupun telah beranak ramai.

image is not available

Sumber : TikTok 

Perkongsian tersebut telah membuat rata-rata netizen kagum dengan kecantikan yang dapat dikekalkan oleh wanita itu kerana masih mampu mempunyai penampilan seperti anak dara dan ada juga sesetengah netizen yang memuji suami wanita berkenaan kerana menjalankan tanggungjawab yang baik.

image is not availableimage is not availableimage is not available

image is not available 1 minggu lalu

"Alasan Je Tu!" - Alami Masalah Susu Badan, Wanita Terkilan Dimarahi 'Nurse' Sebab Bagi Susu Formula