[VIDEO] ‘Awak tu K9 tau, boleh garang tak?’

28 Aug 2026 • 3:41 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Awak tu K9 tau, boleh garang tak?’

PETALING JAYA – Gelagat seekor anjing Unit K9 dikenali sebagai Xiao Bao yang terlebih manja ketika sesi raptai sambutan Hari Kebangsaan 2026 mencuri perhatian orang ramai apabila haiwan itu selamba berguling sambil meminta perutnya digosok.

Aksi Xiao Bao itu dikongsikan seorang pengguna Threads, @leeya_liiya yang mengakui ‘geram’ melihat telatah anjing berkenaan sehingga teringin memeluknya.

“Geram je tengoknya… rasa nak gomol, nak peluk je. Comel sangat. Awak tu K9 tau. Boleh garang tak? Nama dia Xiao Bao,” tulisnya.

Menerusi video yang dikongsikan, Xiao Bao dilihat berbaring dengan kaki terangkat sambil membiarkan beberapa individu mengusap bahagian perutnya.

Gelagat tersebut menampilkan sisi berbeza anjing K9 yang lazimnya dilihat serius, fokus dan berdisiplin ketika menjalankan tugas.

Perkongsian berkenaan turut mencuri perhatian ramai apabila meraih lebih 26,000 tontonan di Threads setakat ini.

Ruangan komen kemudian dibanjiri reaksi orang ramai yang terhibur dengan sikap manja Xiao Bao.

“Nama pun dah tak garang tapi comel betul lah. Nasib baik dah kena rekrut je ni, kalau tidak dah bawa balik tau!” seloroh akaun @apmsentulofficial.

Seorang pengguna, @oliveatlast_o7 pula berkata, baka Labrador sememangnya tidak mempunyai ‘gen garang’ sambil menyifatkan haiwan itu sangat comel.

“Rasanya ini anjing mencari bukannya anjing pertahanan,” kata @pettyasfhuck.

Sementara itu, pengguna @zurazainal_77 secara berseloroh ‘mewakili’ anjing terbabit dengan mengatakan ia sedang mengambil peluang bermesra dengan peminat sebelum kembali serius ketika perarakan Hari Kebangsaan.

“Dua minggu ni saya serah diri untuk beramah mesra dengan peminat, tapi masa perarakan jangan cuba-cuba nak beramah mesra. Saya ada misi penting, nak berlatih. Saya kan K9, saya garang,” tulisnya.- KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Awak tu K9 tau, boleh garang tak?’ appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved