(VIDEO) “Bagi Laluan La!” – Kecoh Peguam Tolak & Tengking Wartawan, Kepala Dihempuk Kamera

21 Jun 2022 • 2:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di aplikasi TikTok, video kekecohan yang berlaku di pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam apabila pasukan peguam bela yang mewakili balu Allahyarham Nazrin Hasan, Samirah Muzzafar berselisih faham dengan petugas media.

Menerusi video tersebut, dilihat seorang peguam yang mengiringi Samirah telah menegur petugas media untuk memberi laluan.

Namun, gara-gara laluan masih dihalang oleh petugas media, peguam tersebut telah menolak seorang jurugambar dan menjerit ke arahnya.

Bagi laluan lah!

Akibat dikasari peguam, jurugambar tersebut dilihat tidak berpuas hati lalu membalas dengan menghempuk kepala peguam itu dengan kameranya.

@utusanonline

Pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam kecoh apabila pasukan peguam bela yang mewakili balu Allahyarham Nazrin Hasan, Samirah Muzzafar berselisih faham dengan petugas media awal pagi ini.

? original sound – Utusan Malaysia – Utusan Malaysia

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut melihat kejadian tersebut dan menasihati agar kedua-dua pihak untuk melakukan tugasan dengan profesional.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

(VIDEO)”Berbaloi Ke Curang?” - Soalan 'Panas' Paknil Buat Shuk Sahar Terkelu, Akui Menyesal Duakan Sera