(VIDEO) Bagi Wang Dekat Kanak-Kanak Jual Kerepek, Netizen Puji Shuib Tak Menunjuk, Sedekah Senyap-Senyap

Entertainment
2 Aug 2022 • 4:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bersedekah merupakan sesuatu amalan yang sangat digalakkan di dalam agama Islam, lebih-lebih lagi buat mereka yang berkemampuan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib, baru-baru ini mendapat perhatian apabila menghulurkan sedekah kepada seorang kanak-kanak secara diam-diam.

Dalam video yang dikongsikan di TikTok menerusi akaun @malaysianupdatenews, dapat dilihat selebriti itu sedang makan di sebuah restoran dan telah didatangi seorang kanak-kanak yang menjual kerepek.

Shuib dengan serta-merta mengeluarkan sejumlah wang dan menyerahkannya kepada kanak-kanak itu sebagai tanda sedekah.

Beralih ke ruangan komen, majoriti warganet memuji tindakan selebriti itu kerana sangat pemurah tanpa perlu menunjuk-nunjuk di khalayak ramai.

image is not availableimage is not available

Sekadar informasi, Shuib telah dikurniakan empat orang cahaya mata dengan arwah Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

image is not available 6 hari lalu

"Saya Tak Sesuai Dengan Dia" - Dituduh Rapat Dengan Anak Shuib Untuk Ganti Tempat Siti Sarah, Akhirnya DSV Buka Mulut

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved