(VIDEO)”Bahayanya..” – Bini Mengidam Oyster ‘Fresh’, Suami Sanggup Redah Air Laut Pasang

Entertainment
23 Jun 2022 • 12:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seringkali kita mendengar kisah ibu hamil yang mengidam sesuatu di luar kebiasaan.

Seperti satu kisah ini yang menjadi tular di TikTok telah mencuri tumpuan netizen apabila seorang wanita telah menyampaikan hasrat untuk makan ‘oyster’ segar pada suaminya kerana gejala mengidam.

Dan sebagai seorang suami, pastinya akan menuruti sahaja permintaan isteri yang sedang hamil itu.

Dalam video itu, suami kepada wanita itu sedang berada di tengah laut yang pada ketika itu waktu air pasang.

Kata wanita itu, dia menginginkan oyster yang segar dari laut dan bukannya yang terdapat di pasar.

Difahamkan lelaki itu memang rajin turun ke laut meskipun isterinya tidak mengidam makanan itu.

image is not available

Sumber : TikTok  

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa terpukau dengan kesanggupan si suami meredah laut dalam semata-mata untuk memenuhi permintaan isterinya.

Dalam pada itu, ada yang meninggalkan komen nasihat agar wanita itu tidak sesuka hati makan makanan mentah seperti itu kerana bimbang dengan keadaan bayi dalam kandungan.

Namun ada juga meluahkan rasa kasihan terhadap suami wanita itu kerana keadaan laut yang bahaya dan tidak selamat untuk sebarang aktiviti.

image is not available 4 jam lalu

(VIDEO) "Boleh Trauma" - Takutkan Budak Dengan Kucing, Kaunselor Tampil Beri Teguran