(VIDEO) Baling Batu Dekat Kereta Sebab Bunyikan Hon, Penunggang Motosikal Ditahan Polis

23 Jun 2022 • 12:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang penunggang motosikal dan pemandu yang tular di media sosial baru-baru ini kerana bergaduh di Jalan Kuala Kangsar telah ditahan bagi membantu siasatan.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata lelaki berusia 50-an ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada pukul 3 petang.

Menurut Yahaya Hassan, motosikal yang ditunggang suspek turut dirampas sebagai barang kes untuk siasatan polis.

Difahamkan, hasil semakan mendapati suspek mempunyai sebanyak enam rekod lampau berkaitan pelbagai kesalahan termasuk narkotik.

Suspek juga kini direman selama tiga hari dan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada pukul 10.15 pagi iaitu hari yang sama laporan polis dibuat di mana si pengadu ketika itu dalam perjalanan dari arah pekan Ipoh ke Klebang Restu.

Pergaduhan terjadi selepas pemandu membunyikan hon ke arah penunggang kerana menunggang dalam keadaan berbahaya.

Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan si penunggang dan bertindak membaling batu ke arah kereta menyebabkan pemandu memberhentikan kenderaannya.

image is not available 2 minggu lalu

(VIDEO) - Mengaku Imam Mahdi, Pemandu Myvi Tengah ‘High’ Jadi Punca Kemalangan 5 Kenderaan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved