[VIDEO] Banjir kilat, jalan di Kajang bertukar ‘sungai teh tarik’

24 Nov 2026 • 4:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Banjir kilat, jalan di Kajang bertukar ‘sungai teh tarik’

KAJANG – Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di Selangor petang ini mengakibatkan beberapa laluan di sekitar Kajang turut dilanda banjir kilat.

Menerusi perkongsian pengguna @justketing._ di platform Threads, keadaan di sekitar One Industrial Park, di sini memperlihatkan limpahan air berwarna coklat keruh memenuhi permukaan jalan raya termasuk di persimpangan lampu isyarat.

Pemilik video berkenaan turut berseloroh menyamakan warna air banjir tersebut dengan air teh.

“Pertama kali tengok teh banjir atas jalan,” tulisnya menerusi hantaran tersebut yang meraih lebih 11,000 tontonan.

Keadaan itu menyebabkan laluan berkenaan seolah-olah bertukar menjadi sungai, manakala beberapa pengguna jalan raya dilihat meredah air banjir.

Turut kelihatan seorang penunggang motosikal berada berhampiran pembahagi jalan ketika air mengalir merentasi laluan tersebut.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya meluahkan kebimbangan terhadap kejadian banjir kilat susulan hujan lebat.

“Sekarang kalau hujan lebat, banyak tempat banjir kilat. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin,” komen @misslovelytulip.

Selain Kajang, beberapa laluan di Taman Sri Muda, Shah Alam turut dilaporkan dinaiki air petang ini sehingga menyebabkan beberapa buah motosikal yang diparkir hampir separuh tenggelam.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan beberapa daerah di Selangor termasuk Hulu Langat, Petaling dan Klang sehingga pukul 5 petang ini.– KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] Banjir kilat, jalan di Kajang bertukar ‘sungai teh tarik’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved