Semalam, tular video menunjukkan seorang lelaki mengamuk memegang senjata di sebuah sekolah sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen. Namun ianya hanyalah lakonan keselamatan semata-mata.
Difahamkan, SK Taman Warisan Puteri Seremban, Negeri Sembilan membuat latihan demonstrasi menghadapi orang mengamuk sebagai persediaan kepada pelajar dan guru menyelamatkan diri sekiranya perkara itu tiba-tiba berlaku di sekolah.
Latihan demonstrasi keselamatan
Jadi, dakwaan kononnya bapa kepada seorang murid mengamuk gara-gara anak dipukul oleh guru adalah tak benar sama sekali.
Video hanya lakonan keselamatan
Nampak macam real kan lakonan tu? Apa-apa pun inisiatif pihak sekolah dalam melakukan demonstrasi untuk mengajar pelajar menyelamatkan diri amatlah dipuji.
Kredit: SK Taman Warisan Puteri
The post Video Bapa Mengamuk Anak Kena Pukul Rupanya Hanya Lakonan Latihan Keselamatan appeared first on Oh! Media.



