![Image from: [VIDEO] Barang kemas setengah juta lesap dilarikan empat lelaki](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/ROMPAK-KEDAI-EMAS-KUANTAN-1024x768.jpg)
KUANTAN – Dengan bersenjatakan parang dan dipercayai ‘pump gun’, empat lelaki menyamun sebuah kedai emas di Taman Pandan Damai di sini petang tadi melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM500,000.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian kira-kira pukul 2 petang itu melibatkan empat lelaki yang memakai pelindung muka serta membawa senjata.
“Suspek dipercayai melarikan sejumlah barang kemas sebelum meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki dua buah motosikal.
“Anggaran awal kerugian adalah sekitar RM500,000 dan jumlah sebenar masih dalam proses pengesahan,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu Kosmo! melaporkan rakaman video tular dalam media sosial yang menunjukkan empat lelaki melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai emas.
Berdasarkan rakaman video berdurasi 1.35 minit menyaksikan empat individu berpakaian hitam dan bertopi keledar melarikan diri menaiki dua buah motosikal selepas melakukan rompakan.
Menurut Ashari, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan dan menangkap kesemua suspek sedang giat dijalankan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan kerana boleh menjejaskan siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram
The post [VIDEO] Barang kemas setengah juta lesap dilarikan empat lelaki appeared first on Kosmo Digital.


![[VIDEO] Sesak teruk sebelum Tol Kajang, lori LPG meletup](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/SILK-TERBAKAR-1024x768.jpeg)



