Walaupun baru berusia 10 tahun, Muhammad Adam Mohamad Azizan sudah menunjukkan sikap bertanggungjawab apabila rajin membantu ibunya memasak serta melakukan kerja-kerja mengemas di dapur.
Gelagat kanak-kanak yang mesra disapa Abang itu mencuri perhatian selepas rakaman kamera litar tertutup memaparkan dirinya memasak dan mengemas seorang diri dikongsikan oleh ibunya di TikTok.
AdvertisementView this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, ramai kagum dengan kebolehan Muhammad Adam dan menyifatkannya sudah memiliki ciri-ciri lelaki yang boleh diharapkan atau ‘green flag’ sejak kecil.
Ibunya, Siti Nur Mazni berkata, dia berpisah dengan bekas suami pada 2018 dan sejak itu tinggal berdua bersama Muhammad Adam yang merupakan anak tunggalnya.
Menurutnya, Muhammad Adam mungkin sudah terbiasa melihat kesusahannya membesarkan anak sebagai ibu tunggal, sekali gus menjadikannya lebih berdikari dan ringan tulang.
“Anak saya bukan pandai masak 100 peratus cuma dia minat dan sudah mula menolong saya di dapur sejak umurnya lapan tahun lagi.”
“Mulanya bantu masak mi segera kemudian tolong saya buat puding karamel sambil dia belajar dan kebanyakan masa, anak yang tawarkan diri nak tolong di dapur.”
“Cuma sejak kebelakangan ini, dia sudah mula masuk dapur sendiri dan terbaru bantu sediakan hidangan ketam masak lemak iaitu lauk kesukaannya. Waktu itu saya ada kerja di ruang tamu jadi bantu dengan memantaunya menerusi CCTV,” katanya kepada Harian Metro.
Siti Nur Mazni yang bekerja sebagai pembantu servis dan jualan mesin penapis air berkata, dia tidak pernah memaksa anaknya melakukan kerja di dapur.
Sebaliknya, Muhammad Adam membantu atas kerelaan sendiri. Baginya, tidak salah mengajar anak lelaki memasak dan mengemas rumah kerana kerja tersebut bukan hanya tanggungjawab kaum wanita.
View this post on Instagram
“Waktu awal dia beritahu nak buat kerja di dapur saya takut juga kerana risau jadi apa-apa jika misalnya cedera terkena pisau atau disambar api.”
“Tapi melihat minatnya, saya ajar juga benda asas seperti menggoreng telur dan memotong bahan selain ingatkan rutin cuci pinggan selepas makan.”
“Ada waktunya, saya sengaja usik beritahunya yang saya mahu rehat kerana masa kecil sudah melayannya macam raja…bila besar nak rasa pula dia layan saya macam raja. Sejak itu, nampak kesungguhannya di dapur,” katanya.
Siti Nur Mazni berkata, video tersebut pada asalnya hanya dikongsikan sebagai kenangan dan dia tidak menyangka ia akan menjadi tular.
Namun, dia bersyukur apabila menerima banyak komen positif serta doa agar Muhammad Adam membesar menjadi lelaki yang baik.
“Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan anak saya dan saya berharap dia membesar dengan sihat selain berjaya di dunia juga akhirat,” katanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Influencer Media Sosial Ditangkap, Didakwa Rog*l Dan Rakam Gambar Perempuan Bawah Umur
The post (VIDEO) Baru 10 Tahun Dah Pandai Masak Ketam Cili Api, Si Cilik Ini Dipuji Pandai ‘Bawa Diri’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
