(Video) Baru Nak Tunjuk ‘Skill’ Sebenar Main Badminton, Syed Saddiq Jadi Bahan Gurauan Lagi

Entertainment
14 Dec 2022 • 12:22 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebelum ini, ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menjadi bahan ejekan pengguna media sosial selepas viral video menunjukkan aksinya bermain badminton bersama rakan-rakan.

Dalam video itu, kelihatan Syed Saddiq ke sana ke sini bersedia menunggu bola tangkis namun akhirnya dia terkena libasan ‘manja’ dari arah belakang.

Terbaru, Syed Saddiq seolah-olah membalas dendam apabila menunjukkan ‘skill’ sebenarnya di court badminton. Di ruangan kapsyen, Presiden MUDA ini berseloroh mahu video lama yang jadi ejekan itu digantikan dengan video baru.

Tapi lain pula yang jadi apabila di ruangan komen video itu dibanjiri komen netizen yang mengusik Syed Saddiq. Mereka teruja Syed Saddiq akhirnya pandai main badminton.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Adui nampaknya YB kena praktis lagi ni, jangan putus asa ya!

Kredit: TikTok @syedsaddiq

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.