[VIDEO] Baru Viral Taman ‘Misteri Trak Kuning’ Rembau Diarah Tutup, Pemilik Pula Tampil Beri Penjelasan!

20 Sep 2022 • 2:58 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Jika sebelum ini viral sebuah tarikan terbaharu di Rembau, Negeri Sembilan iaitu Taman ‘Misteri Trak Kuning’ yang sememangnya digemari rakyat Malaysia sukakan hiburan berbentuk rumah hantu atau filem seram.

Namun disebabkan aduan penduduk yang terganggu dengan jeritan pengunjung yang terlalu bising -- pihak polis telah mengarahkan supaya taman berkonsepkan seram di Kampung Pulau Bongek itu ditutup!

Menurut laporan FMT -- Ketua Polis Daerah Rembau, Hazri Mohamad berkata polis menerima aduan penduduk yang terganggu dengan bunyi bising di tapak perniagaan yang dikenali sebagai ‘Misteri Trak Kuning’ antara 9 malam hingga 1 pagi.

image is not available

Katanya, penduduk terganggu dengan jeritan pelanggan dari kawasan berkenaan hingga menganggu masa rehat dan tidur penduduk kampung.

“Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan masih belum memperolehi apa-apa lesen atau permit hiburan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pemilik perniagaan ini juga akur untuk menutup perkhidmatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Menurut laporan Kosmo!, ‘Misteri Trak Kuning’ adalah idea sekumpulan anak muda yang menawarkan pengalaman menyeramkan kepada pengunjung pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Pengunjung akan dibawa menaiki sebuah trak pikap kuning dan melalui kawasan hutan dan dikejutkan dengan kemunculan beberapa `hantu’.

Berikut pula adalah video di TikTok daripada pihak pengurusan Misteri Trak Kuning tersebut yang membuat penjelasan serta permohonan maaf kepada pihak yang terbabit.

image is not available

VIDEO PENJELASAN DAN PERMOHONAN MAAF DARIPADA TEAM MISTERI TRAK KUNING.

@haunted_ride PENJELASAN DAN PERMOHONAN MAAF DARI KAMI,TEAM MISTERI TRAK KUNING,MOHON SHARE DAN SUPPORT🙏🏻🥰 #rembaumostwanted ♬ original sound - MISTERI TRAK KUNING