(VIDEO) “Berani Mari Lah..” – Disakiti, Kurang Ajar! Individu Kongsi Realiti Sebenar Mengajar Di Sekolah Amerika Syarikat

2 Feb 2024 • 9:20 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bila kita cakap soal dapat kerja di luar negara, padangan masyarakat pasti ia menyeronokan dan perlu dibangga kerana ia dianggap satu hal yang luar biasa.

Namun begitu, realiti sebenar apabila bekerja di luar negara bukanlah mudah, lagi-lagi di negara Barat, di mana mereka lebih cenderung bersifat kasar jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain.

Mengajar di Amerika Syarikat satu pengalaman ngeri!

Seorang individu warganegara Malaysia berkongsikan realiti sebenar pengalamannya mengajar di sebuah sekolah terletak di Amerika Syarikat.

Dapat dilihat dalam video yang dimuat naik, pelajar di sana tanpa rasa bersalah menunjuk tanda isyarat lucah kepadanya, malah membuat sepah di dalam kelas tanpa segan silu.

Lelaki disakiti secara fizikal, karenah pelajar ‘luar biasa’

Bukan itu saja, lelaki terbabit turut dicederakan oleh pelajar di sana secara fizikal seperti mencakar lengan dan cederakan tangannya.

Dalam pada masa yang sama, karenah pelajar di sana turut ‘terpaksa’ dilayan, di mana ada pelajar yang keluar dari kelas untuk menyorok, bahkan lebih teruk keluar dari perkarangan sekolah.

Netizen terkejut, guru di Malaysia bersyukur

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut melihat sikap agresif pelajar di sana dan guru yang mengajar Malaysia turut meluahkan rasa syukur tidak perlu hadapi hal-hal seperti itu di sini.

image is not available

image is not available

image is not available 3 months ago

"Hang Memang Berani Dik.." - 'Settle' Caprice Payung Saman Pemuda Conteng Tembok Kedutaan Amerika Syarikat