(VIDEO) “Berat Bahu Sebelah Kanan Dapat Pahala” – Kieda Crepe Mohon Maaf Isu Staff L*tus Tak Tolong Angkat Barang

Entertainment
3 Feb 2023 • 10:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial semalam mengenai kisah seorang usahawan kek dan juga pensohor media sosial, Kieda Crepe yang dikatakan mengkritik sikap pekerja sebuah pasar raya kerana tidak membantunya membawa barang-barang yang dibeli ke dalam kereta.

Berikutan video yang menjadi ‘viral’ itu, Kieda kemudiannya dikecam hebat oleh netizen yang merasakan dirinya terlalu ‘entitled’ kerana statusnya yang bergelar ‘influencer’ media sosial.

Susulan daripada kutukan dan kecaman yang diterimanya, Kieda telah tampil memohon maaf di atas keterlanjuran kata dan kritikannya terhadap pekerja pasar raya tersebut.

Jelasnya, dia tidak memaki staff tersebut sebaliknya hanya meminta pertolongan kerana tidak cukup tangan.

Allah angkat darjat Kieda dengan pelbagai cara. Mengaku khilaf Kieda sebab melawak dengan tone suara yang semua tak boleh terima.

Kieda minta maaf ya semua, minta maaf kalau buat ramai terasa hati. Keida bukan maki staf depa, cuma Kieda minta tolong saja. Kieda selalu support. Tipu la kalau tak terasa hati. Sekali lagi Kieda minta maaf.

Sementara itu di ruangan komen TikTok Live Kieda itu juga terlihat wakil daripada pasar raya berkenaan turut memohon maaf kepada usahawan itu

Anda boleh tonton sedutan TikTok Live itu di SINI.

image is not available 1 hari lalu

"Silap Besar Staff L*tus Main Dengan Aku.." - Usahawan Kek Dikecam Netizen Gara-Gara Mengeluh Tak Dibantu 'Loading' Barang RM5K Dalam Troli