(VIDEO) “Beri Kami Selayang, Sudah Cukup” – Warga Rohingya Tuntut Hak Sebagai Pelarian, Alasan Sudah Menyumbang Kepada Ekonomi Negara

17 Feb 2023 • 10:54 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang individu bergelar Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain telah bersuara dengan lantang mengenai tindakan pihak berkuasa yang membiarkan warga asing Rohingya berniaga di sekitar kawasan Pasar Selayang, Selangor.

Dalam video itu, Sophian dilihat melawat Pasar berkenaan dan berjumpa dengan para peniaga warga asing selain mengadu mengenai kewujudan kongsi gelap yang bertindak mengugut warga tempatan.

Difahamkan, warga asing di situ telah membuatkan rakyat tempatan berada dalam ketakutan dan sesuka hati membuat onar di kawasan itu.

Tidak lama kemudian, muncul pula sebuah video memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Rohingya yang tampil meminta hak sama rata dengan rakyat tempatan, dengan alasan mereka juga menyumbang kepada ekonomi negara.

Sekarang kerajaan Malaysia mesti beri hak sama rata kepada kami, kaum minoriti, kaum pelarian, bangsa Rohingya. Kami sudah menyumbang kepada ekonomi negara.

Sekarang kami mahu menuntut hak. Kami juga manusia. Beri kami selayang pun sudah cukup, beri kami Selayang.

Lelaki itu juga berkata bahawa Selayang adalah tempat mereka dan meminta orang ‘Melayu’ untuk tidak membuat kacau.

image is not available 1 hari lalu

BebyTora Dikutuk Gemuk, Netizen Jahat Suruh Suami Kahwin Lain Gara-Gara Belum Ada Anak