(VIDEO) “Beria Kau Blocking” – Polis ‘Escort’ Tiba-Tiba Himpit Kereta Walaupun Jalan Kosong Buat Pemandu Berang

Cars
15 Jun 2022 • 5:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nan Manjoi yang memaparkan tindakan seorang anggota beruniform yang secara tiba-tiba menghimpit kenderaan yang dipandunya.

Menerusi video tersebut, dilihat dia yang baru sahaja keluar daripada laluan tol secara tiba-tiba dihimpit oleh anggota tersebut yang sedang ‘escort‘.

Malah, apa yang lebih membingungkan apabila jalan dihadapan masih kosong dan lengang tanpa sebarang kenderaan lain.

image is not available

Jalan kosong kot, beria kau blocking, ye tahu escort tapi kalau berdentum tadi tak ke kunyah tar kau abang polis.

Menurutnya, walaupun anggota polis sedang melalukan tanggungjawab mereka untuk escort orang kenamaan ataupun VIP tetapi mereka juga perlu memikirkan tentang pengguna jalan raya yang lain.

Namun, mujur tiada kemalangan yang berlaku kerana pemandu itu juga terkejut dengan tindakan anggota polis itu dan terpaksa memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 bulan lalu

(VIDEO) "Ingatkan Dia Nak Berhenti.." - Wanita Kecewa Kereta Dilanggar Polis 'Escort' VIP