(VIDEO) Berjoget ‘Cucuk Langit’ Setelah Tamat Tilawah Al-Quran, Penganjur Program Dikecam

20 Jun 2022 • 2:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebuah program majlis Tilawah Al-Quran di negara jiran telah menuai kritikan netizen apabila acara penutup majlis berkenaan telah dihiasi dengan pesta berjoget dan nyanyian rancak oleh para peserta.

Video itu kemudiannya menjadi tular di laman Facebook dan mengundang pelbagai respon daripada netizen, tidak kira dari Malaysia atau Indonesia.

Yang lebih mengejutkan adalah apabila rata-rata yang hadir dalam majlis tersebut terdiri daripada muslim yang bertudung dan berkopiah.

Mereka dilihat berjoget dengan lagu latar belakang Bara Bara Bere Bere dan keadaan juga dilihat tidak terkawal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terutamanya kepada pihak penganjur kerana membiarkan sahaja acara keagamaan itu diakhiri dengan aktiviti maksiat.

image is not available

Sumber : Facebook  

“Agak-agak la buat depan masjid. Masjid tilawah Al-Quran pulak tu. Dunia makin tenat.” komen seorang netizen.

image is not available 23 jam lalu

"Tapak Tangan Kena Sentuh Sejadah Kan?" - Telekung Tutup Tapak Tangan Sherry Al-Hadad Dipersoal