Video Biden Jatuh Tangga Pesawat Tular Raih Perhatian Dunia

15 Nov 2023 • 7:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Video Biden Jatuh Tangga Pesawat Tular Raih Perhatian Dunia

Baru-baru ini tular sebuah klip yang menunjukkan Presiden Amerika Syarikat (US) Joe Biden tersandung sekali lagi ketika menuruni anak tangga pesawat selepas tiba di Poland hingga meraih perhatian dunia.

Dalam rakaman tersebut, Biden yang sedang menuruni anak tangga pesawat itu dilihat terjatuh sambil dirinya berpaut pada palang hingga beliau tergelongsor ke bawah.

Perkara tersebut menimbulkan kekecohan dan mereka yang berada berhampiran datang bantu menolong Biden yang tersungkur itu.

Menjengah di laman media sosial, rata-rata warga maya membuat dakwaan Biden berada dalam keadaan yang tidak baik dan memintanya untuk berehat secukupnya.

Difahamkan, itu bukanlah kali pertama Biden jatuh dari tangga kerana sebelum ini media turut melaporkan Biden hilang keseimbangan ketika berjalan menaiki pentas.

September lalu, Biden juga dilaporkan berdepan perkara yang sama di mana beliau tergelincir dan hampir terjatuh tangga semasa keluar dari Air Force One, memetik NY Post.

Kejadian tersebut berlaku beberapa saat selepas pesawat yang dinaikinya mendarat di Lapangan Terbang Detroit Metro.

Ketibaan Biden pada ketika itu disambut oleh Presiden United Auto Workers Shawn Fain, Leftenan Gabenor Michigan Garland Gilchrist.

Ketika kejadian, Biden yang berada dalam keadaan panik itu segera membetulkan kedudukannya.

Bagaimanapun, video tersebut telah menjadi tular di media sosial dan ramai yang berpendapat Biden terlalu lama menjadi Presiden untuk penggal kedua.

Menurut laporan Axios, ia mengatakan isu keseimbangan Biden kemungkinan berkaitan dengan arthritis pada tulang belakang dan kakinya.

Keadaannya telah dipantau dalam beberapa bulan kebelakangan ini berikutan beberapa insiden yang membimbangkan termasuk ketika beliau tersandung dan jatuh di Akademi Tentera Udara pada bulan Jun.

Insiden itu walau bagaimanapun tidak mendatangkan kecederaan kepadanya sebaliknya beliau sempat bergurau mengenainya.

Ketika kejadian, Biden baru sahaja menyampaikan ucapannya kepada graduan akademi tentera.

Beliau sempat berjabat tangan dengan kadet lalu mula berjalan kembali ke tempat duduknya dan ketika itu insiden tersebut berlaku.

Sumber: @stairwayto3dom/Twitter