(VIDEO)”Boleh Buat Belanja Kahwin”- TikTokers Ryan Bakery Dapat ‘Gift’ Singa, Netizen Teruja Anggap Rezeki Terpijak

Entertainment
25 Jul 2022 • 1:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

TikTokers terkenal yang sering membuat ‘content’ lawak serta kenangan zaman 90-an, Ryan Bakery baru-baru ini dilaporkan mendapat ‘rezeki terpijak’ ketika bersiaran langsung bersama pengikutnya.

Dia yang biasanya membuat jenaka ringkas di TikTok terkejut kerana telah menerima ‘gift’ Singa yang mempunyai nilai yang sangat tinggi berulang kali.

Momen-momen ketika Ryan menerima hadiah itu turut dirakam dan dimuat naik di Facebook untuk tatapan netizen.

Ryan yang dilihat sangat teruja dengan penghargaan peminat itu turut berkongsi perasaannya itu bersama tunangnya melalui panggilan telefon.

Kata Ryan, duit yang diterima menerusi ‘gift’ itu akan digunakan untuk perbelanjaan kahwin mereka tidak lama sahaja lagi.

Dalam satu hantaran lain, seorang pengguna Facebook ada mendedahkan nilai wang di sebalik ‘gift’ yang diberikan penonton mengikut jenis.

image is not available

Sumber : Facebook  

Ada yang mencecah sehingga ribuan ringgit, ramai netizen memuji Ryan Bakery yang pandai menggunakan platform media sosial bagi menjana pendapatan sampingan.

Kita yang tengok pun rasa terharu!

image is not available 1 hari lalu

(VIDEO) “Apa Lagi Kekurangan Mama?” - 2 Bulan Tak Balik Rumah, Ibu Buat ‘TikTok Live’ Merayu Anak Perempuan Pulang