(Video) “Boleh Menitis Air Mata” – PU Riz Duet Dengan Faizal Tahir, Neelofa Jadi ‘Cameo’

Music
20 Mar 2023 • 2:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
pu riz

Umum mengetahui bahawa pendakwah selebriti terkenal, PU Riz telah melancarkan Zikir, Selawat dan Pesanan Untuk Bilal buat anak sulungnya pada tahun lepas.

Terkini, pendakwah itu telah berkolaborasi bersama penyanyi terkenal, Faizal Tahir dengan lagu Jodoh Ajal Rezeki dan telah dilancarkan beberapa hari yang lepas.

Gandingan Neelofa

Menerusi video muzik yang dimuat naik di YouTube, penampilan istimewa isteri PU Riz, Neelofa juga turut menarik perhatian netizen. Menurut pendakwah itu, pembabitan pertama isterinya menyifatkan ia karya yang istimewa.

Lagu ini sudah siap sepenuhnya tahun lalu. Cuma, baru bulan lepas kami siapkan MV. Lagu ini cukup bermakna bukan saja melodi tapi liriknya juga. Jika dihayati, penuh keinsafan dan boleh menitiskan air mata. Ini kerana, ia cukup dekat dengan kehidupan seharian kita.

PU Riz atau dikenali sebagai Haris menceritakan bahawa penyampaian dalam lagu tersebut menitikberatkan bahawa Allah SWT merupakan sebaik-baik perancang.

image is not available

Ha, korang dah tengok ke belum? Cer komen sikit.

Kredit: YouTube | Xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media