(VIDEO) “Boleh Trauma” – Takutkan Budak Dengan Kucing, Kaunselor Tampil Beri Teguran

Entertainment
23 Jun 2022 • 12:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Acong yang memaparkan reaksi seorang budak lelaki telah mendapat perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, budak lelaki itu dilihat berasa takut apabila diberikan kucing kepadanya sambil menjerit-jerit dan menangis.

Namun tampil memberi teguran, seorang pegawai Kaunselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dzul Hafiz Zoriff berkata tindakan itu boleh mengundang trauma kepada kehidupan kanak-kanak itu. Lapor Kosmo.

image is not available

Tambahnya lagi, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana boleh memberikan impak jangka masa panjang kepada kanak-kanak itu sekali gus menyebabkannya mengalami trauma berpanjangan.

Mungkin ada orang akan rasa comel bila budak tu rasa takut dengan kucing, siap boleh rekod video lagi. Tapi, benda tu salah..

Jelasnya, setiap manusia mempunyai perwatakan berbeza secara semulajadi, jika kita memberi tekanan kepada karakter itu, ia akan menyebabkan trauma selain mereka akan berasa kurang yakin dengan keadaan sekeliling.

Sehingga kini, video perkongsian itu telah mendapat 3.1M tontonan, 343.2K tanda suka, dan 6.7K komen di aplikasi TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

"Itu Lubang Skru" - Dakwa Terjumpa Kamera Dalam Tandas GSC, Wanita Ini Dikecam Netizen