(VIDEO) Buat ‘Moshing’ Macam Kena Histeria Di Konsert, Pengawal Dikecam Tumbuk Penonton

Music
19 Jun 2023 • 10:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hujung minggu lalu, berlangsung sebuah konsert Jiwa Kacau yang menampilkan kumpulan muzik seperti Bunkface, Insomniacks, Masdo dan juga Hujan bertempat di Stadium tertutup Melawati Shah Alam.

Namun, kecoh seketika apabila pengawal bertugas pada malam itu telah didakwa melakukan kekasaran dengan menumbuk dan memukul penonton yang hadir.

Difahamkan, sesetengah penonton telah melakukan ‘moshing’ di tengah pentas sehingga menimbulkan kekecohan seperti video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter ini.

Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil meninggalkan komen dan pendapat yang pelbagai mengenai isu tersebut.

Ada yang berpendapat pengawal keselamatan pada malam itu hanya menjalankan tugas meskipun kelihatan agak kasar dan melampau.

image is not available

Sumber : Twitter  

Netizen juga merasakan penonton perlu memilih lagu dan suasana dan tidak semua yang hadir memilih untuk berseronok dengan ‘moshing’ dan menari seperti orang histeria.

image is not available 3 hari lalu

Pekerja Kudis Bernanah Dan Siap Meludah, Individu Haramkan Keluarga Makan Coklat Bentuk Syiling Dan Bola