[VIDEO] Buat Review Makan Laksa Sarawak, Wanita Dari Kedah Ini Akui Kesedapannya

21 Feb 2023 • 3:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wanita Kedah itu menunjukkan bagaimana laksa Sarawak dimakan dan mendapat perhatian netizen

[VIDEO] Buat Review Makan Laksa Sarawak, Wanita Dari Kedah Ini Akui Kesedapannya. Jika ada satu perkara yang dibanggakan oleh warga Sarawak, ia adalah laksa mereka. Malah, hampir setiap warga Sarawak akan bersetuju bahawa laksa mereka mungkin antara, jika tidak, laksa terbaik.

Sentimen ini nampaknya dipersetujui oleh wanita Kedah ini, yang berkongsi sebuah video menunjukkan beliau memakan laksa Sarawak dan memberikan persetujuannya terhadap laksa tersebut.

image is not available
[VIDEO] Buat Review Makan Laksa Sarawak, Wanita Dari Kedah Ini Akui Kesedapannya

“Orang Kedah makan Laksa Sarawak,”

Video terbabit, yang telah ditonton lebih 10k kali pada masa penulisan, baru-baru ini dikongsi oleh pengguna TikTok @coach_wan_fatwar. Dalam video berkenaan, beliau menyatakan bahawa beliau hendak membuat review makan laksa Sarawak.

Sebelum meneruskan makan laksanya, beliau menunjukkan kepada penonton apakah hidangan sampingan yang diberikan bersama laksa Sarawak iaitu sambal dan limau kasturi (untuk diperah ke dalam kuahnya).

Setelah menjelaskan bahawa laksa itu mempunyai udang di dalamnya, beliau meneruskan memakannya kosong (tanpa sambal dan limau) – yang beliau kemudian bagi satu thumbs up!

Beliau kemudiannya membubuh sambal dan memerah limau kasturi ke dalam kuahnya untuk memberikan laksa itu sedikit rasa ‘masam’. Kali ini, beliau memberikan dua thumbs up selepas memakannyai!

Jika ada satu perkara yang boleh kita persetujui, laksa Sarawak tidak pernah mengecewakan!

Lagi di sini: