Video buka kotak PerantiSiswa tular, cuba lihat logo boot-up tablet ini

Digital
5 Sep 2022 • 9:05 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sewaktu majlis pelancaran inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia, PM Ismail Sabri mengumumkan yang terdapat perubahan pada pelaksanaannya. Beliau memberitahu semua yang penerima tablet PerantiSiswa tidak lagi perlu memulangkan tablet itu. Hal ini bermakna, tablet itu adalah hak milik mutlak si penerima.

Setakat artikel ini ditulis, laman rasmi inisiatif PerantiSiswa masih belum mengemas kini halaman Terma & Syarat mereka. Dalam dokumen tersebut, ia masih menganggap tablet yang diterima adalah sebagai unit pinjaman yang wajib dipulangkan.

Ia mungkin menunjukkan yang perubahan ini berlaku secara tiba-tiba sehingga pihak yang berkaitan tidak sempat memberi tindak balas kepada arahan tersebut. Pada kami ia adalah satu pedang dua mata. Sekiranya perkara ini berlaku, hal ini bermakna PerantiSiswa setakat ini adalah inisiatif dalam waktu terhad ataupun sekurang-kurangnya sehingga semua tablet telah diedarkan kepada penerima.

Sebelum ini, apabila tablet wajib dipulangkan, ia memberikan peluang kepada lebih ramai penerima untuk menerima manfaatnya secara terus menerus.

Video buka kotak mula timbul di medsos

Seramai 450 penerima bertuah telah dianugerahkan tablet PerantiSiswa pada majlis tersebut dan selepas majlis selesai, semakin banyak video buka kotak mula timbul di medsos.

@ahnfizal_ after a long waiting, finally i received my peranti siswa! and yes im so happy that we don’t have to return it image is not availableimage is not available#fyp #foryou #perantisiswa #perantisiswa2022 #unboxing #tiktokmalaysia #factdivision ♬ Talk that Talk – TWICE

Salah satunya adalah di TikTok yang menunjukkan pengguna membuka kotak semua aksesori yang diterima bersama tablet. Ia adalah set yang sama rupanya seperti yang kami laporkan tempoh hari dengan satu perkara menarik.

Apabila dihidupkan, splashscreen yang memaparkan logo kerajaan Malaysia dan PerantiSiswa Keluarga Malaysia dipaparkan.

@ahnfizal_ Replying to @nomore boleh, nanti saya upload, anyway terkejut buka2 tablet kluar montage ni image is not availableimage is not available pape pun marilah bersyukur tibew #fyp #foryou #perantisiswa #perantisiswa2022 #factdivision ♬ After LIKE – IVE