Video Cecah 3.3 Juta, Pempengaruh Bengang Jenama Peralatan Sukan Bayar Separuh Bayaran Dijanjikan

LocalHealth & Fitness
12 Apr 2025 • 12:52 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pempengaruh bengang dan mendakwa hanya menerima separuh daripada bayaran yang dipersetujui selepas menghasilkan sebuah video promosi untuk sebuah jenama tempatan, walaupun kandungan tersebut mencatatkan lebih 3.3 juta tontonan secara keseluruhan di platform TikTok dan Instagram.

Menurutnya, video promosi berkaitan produk sukan itu meraih 2.2 juta tontonan di TikTok dan 842,000 tontonan di Instagram.

image is not available

image is not available

Pempengaruh Bengang Jenama Peralatan Sukan Bayar Separuh

Namun, pihak klien mendakwa bahawa video tersebut gagal mendorong jualan, dan oleh itu mereka hanya sanggup membayar sekitar 60 peratus daripada jumlah asal yang telah dipersetujui.

image is not available

Pempengaruh berkenaan menyifatkan alasan tersebut sebagai tidak munasabah kerana kandungan yang dihasilkan telah melalui proses kreatif yang teliti dan memerlukan komitmen masa serta sumber tenaga yang besar.

“Video ini bukan dibuat secara sambil lewa. Saya ambil masa untuk tulis skrip, susun konsep, sewa peralatan, upah bakat tambahan, rakam beberapa ‘take’, dan kemudian edit semula sebelum dihantar kepada pihak klien untuk semakan,” katanya menerusi satu video pendedahan di media sosial.

image is not available

Beliau turut mendakwa telah memenuhi beberapa permintaan tambahan daripada pihak klien, termasuk meletakkan video di ruangan affiliate showcase dan menyertakan kod promosi, walaupun perkara itu tidak termasuk dalam perjanjian awal.

Menurutnya, barang yang dipinjam untuk tujuan penggambaran turut dipulangkan kepada pihak berkenaan selepas selesai proses rakaman.

“Selepas kandungan dimuat naik dan meraih jumlah tontonan yang tinggi, saya minta bayaran seperti yang dijanjikan. Namun, saya dimaklumkan bahawa mereka tidak boleh membuat pembayaran penuh kerana tiada jualan dicatatkan dari pihak mereka,” katanya lagi.

Katanya lagi, beberapa percubaan untuk menuntut bayaran secara baik tidak mendapat maklum balas, menyebabkan beliau mengambil tindakan menghantar notis tuntutan (LOD) kepada pihak terbabit sebelum memilih untuk membuat pendedahan terbuka.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini daripada pihak jenama terbabit.

Sumber: Instagram Adzim Hariz