(VIDEO) “Dah Tanya Tapi Dia Tak Mengaku” – Pempengaruh ‘Shaking’ Diekori Lelaki Tak Dikenali Ke Sana Sini

Entertainment
17 Jan 2024 • 12:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pempengaruh berkongsi dua video tentang pengalamannya diekori oleh seorang lelaki tidak dikenali di tempat awam di Mont Kiara.

Rakaman tersebut menunjukkan lelaki itu berada di belakangnya ketika sedang menuruni escalator dan satu video lagi pula menunjukkan individu yang sama berada berdekatan dengan kedai kopi tempat dia melepak.

 

Dah tanya tapi tak mengaku

Menurut wanita bernama Alvy Joanna itu, dia memberanikan diri dan telah berdepan dengan individu terbabit untuk bertanya mengapa dia mengekorinya.

Dia tidak mengaku (mengekori). Saya rakam video dia supaya orang lain boleh berwaspada dengan lelaki ini.

 

Pergi buat laporan polis

Selepas kejadian itu, dia pergi membuat laporan polis namun mendakwa menerima respon yang kurang enak daripada pihak berkuasa.

image is not available

Bagaimanapun, menerusi update yang baru Alvy memaklumkan polis berpangkat yang lebih tinggi telah menghubunginya berhubung insiden yang dilaporkan tersebut.

Polis tersebut bertanya jika individu yang sama itu masih mengekorinya dan meminta Alvy menghubunginya jika berasa tidak selamat selain berpesan agar dia menghantar bukti yang ada.

Ramai yang membaca perkongsian Alvy itu menasihati agar mana-mana individu yang keluar berseorangan untuk pergi ke tempat yang crowded.

image is not available 12 months ago

Miss Universe Malaysia Cemas Diekori Pak Lebai, Pernah Ganggu Tahun Lepas - "Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak"