(VIDEO) “Demi Views & Income Youtube” – ‘Influencer’ Dikecam Bawa Bayi Naik ‘Jetski’

6 Jan 2023 • 1:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai sebuah hantaran video memaparkan sepasang ibu bapa yang bertindak membawa bayi mereka menaiki Jetski di sebuah perairan pantai.

Menerusi video berdurasi 32 saat itu, seorang bapa dilihat membawa Jetski dengan hanya menggunakan sebelah tangan manakala tangan kirinya menggendong bayi berkenaan.

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah apabila bapa berkenaan turut memecut laju sambil disorak keseronokan oleh si ibu.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai dan meraih 230.3K tontonan, 636 tanda suka, dan 483 ciap semula selepas dimuat naik di laman Twitter pagi tadi.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen mengecam tindakan kedua ibu bapa itu kerana telah mengundang bahaya terhadap keselamatan kanak-kanak tersebut.

image is not available

Malah, mereka turut mempersolkan tindakan ibu bapa berkenaan yang sanggup membahayakan nyawa anak kecil itu demi membuat konten di media sosial.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 11 jam lalu

(VIDEO) "Katanya Buat Kerja Kursus Geografi" - Remaja Kantoi 'Bermesra' Di Tempat Awam