(VIDEO) “Dengar Boleh, Percaya Jangan” – Netizen Kecam Konsultan Bisnes Main ‘Goreng’ Fakta Dalam Seminar

Startup
15 Jun 2022 • 11:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Umum mengetahui bahawa bidang perniagaan atau bisnes bukan lah suatu bidang yang mudah untuk diceburi dan memerlukan pengetahuan serta kemahiran tinggi.

Oleh itu, perunding perniagaan atau konsultan memainkan peranan yang penting dalam sesebuah bisnes kerana mereka lah yang merancang perniagaan kita bagi memastikan matlamat kita tercapai.

Namun, baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah berkongsi satu hantaran video yang memaparkan seorang konsultan pemasaran dalam talian dikenali sebagai Najib Asaddok telah tular dan menjadi perhatian orang ramai.

image is not available

Menerusi video tersebut, dilihat Najib sedang memberi ceramah mengenai bagaimana syarikat jenama minuman Coca-Cola boleh berjaya dengan cara membayar konsultan sebanyak 100 ribu untuk mendapatkan idea menjual air minuman mereka di dalam botol dan tin.

Dia bayar konsultan, konsultan tu la yang advice supaya dia botolkan Coca-Cola itu, dengan masukkan dalam tin. Meletup tak bisnes dia? Yes…

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen telah memberi pelbagai respon, ada yang mengatakan fakta yang diberikan oleh Najib tentang syarikat Coca-Cola itu salah dan kurang tepat.

Confident level tinggi but lack of knowledge. – netizen.

Malah, ada juga yang menyarankan lelaki itu supaya membuat kajian terlebih dahulu sebelum memberi ceramah kepada orang lain.

Semua nak jadi consultant sekarang. My advise sebelum nak goreng tu buat lah research sikit. If not you akan memalukan whoever is your Mentor,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 jam lalu

(VIDEO)” Tak Baik Cakap B*bi!” - Netizen Terhibur Tengok Anak 'Sekolahkan' Ibu Balik Waktu Diajar Mengaji Iqra