(VIDEO) “Dia Memang Dah Kaya” – Netizen Tak Puas Hati Aeril Zafrel Dapat ‘Gift’ Singa Dari ‘Sultan Pemurah’ Di Live TikTok

28 Jul 2022 • 11:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, viral di media sosial apabila TikToker terkenal, Ryan Bakery menerima ‘gift’ Singa dipercayai mempunyai anggaran nilai RM1500 setiap satu sebanyak 7 kali daripada pemberi misteri dikenali sebagai ‘Sultan Pemurah’.

Baru-baru ini, pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal pula yang menerima ‘gift’ Singa sebanyak 3 kali oleh ‘Sultan Pemurah’ ketika sedang membuat Live di laman TikTok milik Aeril.

Menerusi video rakaman Live tersebut, Aeril dan Wawa kelihatan begitu terkejut selepas menerima pelbagai ‘gift’ dari pemberi misteri itu.

Mahal kan Lion! Kaya kita, boleh beli Lambo!

@sultan_tiktok_legit

Sorry abang @aerilzafrel8 , sultan masuk kacau live abang ?? #fyp

? Kamla_4 – Rajvir Jawanda

Malah, dia sekali lagi terkejut selepas melihat jumlah keseluruhan coin yang diterimanya daripada Sultan Pemurah.

Oh My God! Kaya!! Alhamdulillah.

@aerilzafrel8

@Sultan Pemurah bagi banyak lion guys ???

? Beat Automotivo Tan Tan Tan Viral – WZ Beat

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun mempersoalkan tindakan pemberi misteri itu yang sanggup menghabiskan duit beribu ringgit untuk pasangan selebriti itu meskipun mereka sudahpun mempunyai perniagaan tersendiri.

Masalahnya dia bagi orang yang memang dah kaya – netizen.

Cuba la bagi yang belum kaya,” tulis seorang warganet.

Orang kaya tak payah la bagi tuanku,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

(VIDEO)"Boleh Buat Belanja Kahwin"- TikTokers Ryan Bakery Dapat 'Gift' Singa, Netizen Teruja Anggap Rezeki Terpijak