(VIDEO) Dihalang Masuk Rumah Sendiri, Balu Abam Bocey Tuntut RM60K – “Korang Nilaikanlah Sendiri”

10 Feb 2023 • 4:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Balu kepada pelawak terkenal Allahyarham Abam Bocey, Hidayah Hamzah hari ini ada memuat naik video berbaur kecewa dan sesal gara-gara dihalang masuk ke rumah kelamin bersama arwah suaminya itu.

Difahamkan, Hidayah hadir ke rumah berkenaan bersama peguam namun ahli keluarga arwah Abam tidak keluar dan hanya duduk diam dalam kediaman tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Wanita itu menjelaskan bahawa dia menunggu selama sejam di luar rumah namun tidak dapat masuk sehingga dia akhirnya mengambil keputusan untuk pulang sahaja dengan tangan kosong.

Dayah datang bersama peguam. 1 jam Dayah tunggu tiada siapa yang bukak pintu rumah. Korang boleh tengok sendiri. Rumah kami jadi apa. Sedih sangat-sangat.

Keadaan rumah juga kelihatan agak menyedihkan kerana dipenuhi semak samun dan tidak terurus.

Malah, peguam Hidayah dikhabarkan sudah menyerahkan surat tuntutan penjelasan bayaran saman kepada Ali Puteh namun tidak menerima sesen pun sehingga ke hari ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa Hidayah dan mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan Allah S.W.T.

image is not available 2 hari lalu

"Suruh Berlakon Bukan Bercinta!" - Michael Ang Minta Pelakon 'Sign' Kontrak, Dilarang Berskandal Di Set Penggambaran