(VIDEO) Dikecam Pakai Baju Melayu ‘Crop Top’, Fahad Iman Bidas Netizen – “Family Saya Relax Je..”

26 Apr 2023 • 3:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Fahad Iman menjadi tumpuan orang ramai selepas memuat naik video di laman TikTok miliknya, baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Fahad dilihat mengenakan persalinan baju melayu jenis ‘crop top’ ketika menyambut hari perayaan Aidilfitri bersama keluarga.

Difahamkan, busana berwarna hitam itu merupakan hasil rekaan dari pereka fesyen, Khai Kel Wen dari jenama pakaian terkenal, Behati.

My raya fit.

Bagaimanapun, fesyen baju melayu yang dimodenkan menjadi ‘crop top’ itu menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang mempersoalkan reaksi ahli keluarganya melihat fesyen pelik yang digayakan oleh pelakon itu.

image is not available

Tampil memberi respon, Fahad berkata ahli keluarganya langsung tidak mempersolkan pakaian yang digayakannya itu.

Semua relax & chill je. Dak-dak TikTok je yang over, mengelabah lebih.

Sebaliknya, pelakon berusia 30 tahun itu menganggap dia bernasib baik kerana dikurniakan keluarga yang tidak toksik seperti netizen di luar sana.

Haha nasib baik saya tak ada family member yang toxic.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 jam lalu

(VIDEO) Ramai 'Broken' Lepas Tahu Khairul Aming Dah Ada 'Girlfriend', Ini Jawapan Tuan Badan