(VIDEO) Disangka Tolong Ambil Gambar, Pelancong Dedah ‘Scam’ Di KLCC –  “Minta Upah RM5 Hingga RM10 Sekeping..”

24 Jul 2023 • 1:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pelancong berasal dari Indonesia telah mendedahkan kegiatan penipuan yang berlaku di sekitar Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur.

Menerusi video tersebut, pelancong berkenaan memaklumkan terdapat beberapa individu yang akan menawarkan bantuan untuk mengambil gambar berlatar belakangkan KLCC.

Namun, mereka kemudiannya akan meminta upah sebanyak RM5 hingga RM10 gambar sekeping.

Disangka murni membantu, ternyata ini adalah jasa..

Bukan itu sahaja, mereka kebiasaannya akan mengambil gambar sebanyak 5 keping gambar iaitu bersamaan dengan RM50 upah.

Mereka tak berbicara harga di awalnya, namun setelah membantu mengambil foto mereka akan minta wang.

Dalam pada itu, pelancong berkenaan meminta pelancong lain untuk berhati-hati dengan penipuan tersebut ketika melancong di negara Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 8 hours ago

Usahawan Produk Pemutih Dikritik, Buat Video Promosi Banding Kulit Dengan Orang 'Tanned Skin'

View Original Article