(VIDEO) Ditahan Minta Hantar Balik, ‘Rider’ Pening Cari Lokasi Rumah Warga Emas Terus Hantar Pergi Balai

26 Jul 2022 • 12:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sikap saling bantu-membantu tanpa mengira bangsa dan agama memang sentiasa diterapkan dalam diri rakyat Malaysia.

Sama seperti apa yang dilalui oleh rider servis penghantaran makanan ini di mana dia membantu seorang warga emas yang sesat ketika sedang bekerja.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh rider berkenaan, dia memberitahu bahawa warga emas tersebut menahannya dan meminta untuk dihantar ke rumah.

Akan tetapi, apa yang menjadi masalah apabila wanita itu tidak mengingati lokasi rumahnya membuatkan dia menghadapi hal lebih sukar.

Aku pagi-pagi ni nak pergi kerja, tapi aunty ni tahan minta tolong hantar dia balik rumah. Sekarang ni aunty sendiri tak tahu rumah dia kat mana…”

@khuzaimie_lemat1.0

Sesiapa jika jumpa Auntie ni lagi berlegar-legar kau orang boleh terus hantar ke balai polis je sebab memang dah kerap belaku gini #fyp #foryoupage #fyp?

? bunyi asal – CEO OF FOODPANDA – CEO OF FOODPANDA

Oleh kerana ingin membantu, rider yang dikenali sebagai Khuzaimie mengambil keputusan menghantar wanita itu ke balai polis untuk mencari waris kepada warga emas berkenaan.

Dalam satu video TikTok lain yang dimuat naik, warga emas itu berjaya dihantar ke balai polis dan bertemu dengan waris yang kemudiannya membawa wanita itu pulang ke rumah.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan yang dilakukan oleh Khuzaimie kerana prihatin dengan warga emas tersebut.

image is not availableimage is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 minggu lalu

Tular Warga Emas Cabul Budak Perempuan, Jiran Nafi Tuduhan Sebab Dah Anggap Macam Ahli Keluarga Sendiri