(VIDEO) Ditendang Dan Dipukul, Ibu Meraung Lihat Anak Sendiri Didera Pengasuh Taska Di Kota Kinabalu

10 Aug 2023 • 9:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial sejak semalam mengenai satu video memaparkan seorang guru tadika tergamak memukul dan menendang pelajar yang berusia empat tahun dipercayai berlaku di Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam video tersebut, guru wanita berkenaan dilihat menendang, menarik rambut, menolak dan memukul kepala mangsa dengan buku ketika sedang mengagihkan makanan.

Rakaman itu difahamkan telah ditonton oleh ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan telah menyebabkan pasangan itu berang dan tidak dapat menahan kesedihannya.

Difahamkan, ibu mangsa bertindak merakam video tersebut untuk dijadikan bukti bagi laporan polis mereka.

Sementara itu, Superintenden Kalsom Idris selaku Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu telah mengesahkan bahawa pihak mereka ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Kanak-Kanak 9 Tahun Kes Termuda Lahirkan Anak Luar Nikah" - NGO