Dua wanita warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa penderaan majikan seperti didakwa dalam video tular baru-baru ini kini menerima bantuan dan perlindungan daripada Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di Johor Bahru.
Menurut sumber, kedua-dua pembantu rumah yang dikenali sebagai YY dan SH telah ditempatkan di kediaman sementara KJRI bagi memastikan keselamatan mereka sementara siasatan lanjut dijalankan.
AdvertisementView this post on Instagram
KJRI memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut pada 13 Jun lalu daripada seorang warga Indonesia dikenali sebagai YY yang mendakwa dirinya serta dua lagi rakyat Indonesia, YA dan SH, menjadi mangsa keganasan fizikal ketika bekerja sebagai pembantu rumah di Johor.
Difahamkan, ketiga-tiga wanita itu mendakwa sering dikasari majikan masing-masing dalam beberapa kejadian yang berlaku sekitar penghujung tahun 2025 dan Januari 2026.
“Selepas kejadian itu, mangsa ditinggalkan oleh majikan mereka di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor.”
“Berikutan ingin terus bekerja di Malaysia, ketiga-tiga warga Indonesia itu kemudiannya berpisah.”
Menurut KJRI, siasatan awal mendapati ketiga-tiga wanita terbabit bekerja di Malaysia tanpa permit kerja yang sah.
Mereka juga didakwa tidak berani membuat laporan lebih awal kerana pasport masing-masing dipegang oleh majikan.
Bagaimanapun, salah seorang mangsa akhirnya tampil mendapatkan bantuan daripada KJRI selepas tidak lagi mampu menanggung penderitaan yang dialami.
Terdahulu, polis menahan dua pasangan suami isteri yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penderaan pembantu rumah di sebuah kediaman di Taman Johor, Skudai. – BH
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anggap Malaysia Mendera Etnik Rohingya, Ucapan Aktivis Rohingya Di Australia Ini Undang Kecaman - "Bangsa Tak Sedar Diri"
The post (VIDEO) Dua Amah Indonesia Diberi Perlindungan Konsulat Indo Selepas Dakwa Diseksa Majikan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





