
Majoriti orang zaman sekarang melakukan pembelian barang secara atas talian kerana malas untuk keluar atau pun sekadar hobi meluangkan masa lapang.
Oleh kerana pelbagai jenis produk boleh didapati secara online, ramai yang mula menggunakan servis tersebut kerana tidak memenatkan walaupun perlu menunggu beberapa hari untuk barang yang dibeli sampai ke rumah.
Namun, satu video di TikTok baru-baru ini menunjukkan parcel yang berada dalam keadaan pelik semasa proses pengasingan dijalankan.
Dapat dilihat di dalam video, seorang lelaki yang merupakan seorang pekerja syarikat penghantaran tersenyum melihat bungkusan itu bergerak-gerak secara ‘agresif’ semasa hendak diasingkan.
Walau bagaimanapun, isi di dalam bungkusan itu masih lagi misteri dan tidak diketahui sesiapa kecuali pembeli produk berkenaan.
Video tersebut mendapat perhatian rata-rata warganet yang bersikap ‘husnuzon’ dengan menyatakan bahawa itu hanya permainan ikan kanak-kanak dan ada juga yang berseloroh tentang ‘barang’ tersebut.


Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Amboi Macam Pro.." - Abang Kurier Dipuji Pandai Cari 'Angle' Ambil Gambar 'Proof Delivery' Barang
The post (VIDEO) “Eii Apa Tu?”- Netizen Terhibur Tengok ‘Parcel’ Bergerak-Gerak, ‘Husnuzon’ Mungkin Mainan Ikan Kanak-Kanak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

